03 Jan 2009 - 02:51:24 pm
Kamus Rungus > Melayu
KAMUS RUNGUS/MELAYU
PENGENALAN
Bahasa Rungus mempunyai keunikan tersendiri seperti mana bahasa-bahasa lain di dunia, malah bahasa Rungus ada keunikan tersendiri dari segi sebutan, perbendaharaan kata dan juga dari segi imbuhan kata. Kata dasar dalam bahasa Rungus amat jarang digunakan kerana ia seoalah-olah tidak membawa sebarang makna tanpa imbuhan, malah orang Rungus sendiri berkemungkinan tidak dapat memahami sesuatu perkataan itu apabila ianya hanya dinyatakan dalam bentuk kata dasar.
Bahasa Rungus juga sangat kaya dengan perbendaharaan kata dimana satu-satu perkataan tidak dapat diterjemahkan hanya dalam satu perkataan ke bahasa yang lain, melainkan disokong dengan satu ayat untuk menerangkan maksud sebenar. Inilah masalah yang sering dihadapi oleh penterjemah atau pengkaji bahasa Rungus. Dari segi imbuhan, bahasa Rungus apabila diimbuhkan; satu perkataan dasar akan boleh menjadi sehingga 50 patah perkataan berimbuhan yang akan membawa maksud tersendiri, namun sukar dijelaskan dalam bahasa yang lain. Dari segi perbendaharaan kata, perkataan bahasa Rungus mampu menggambarkan sesuatu dengan begitu jelas merangkumi cara ia dilakukan, tempat ia dilakukan, masa ia dilakukan, jarak ia dilkukan, saiz dan pelbagai aspek serta konteks yang mampu ia gambarkan.
Namun bahasa Rungus juga mempunyai kelemahan dari segi perbendaharaan kata khususnya, yang mana perkara ini juga dialami oleh mana-mana bahasa di dunia ini. Perkataan-perkataan yang biasanya tidak terdapat dalam bahasa Rungus adalah merangkumi aspek Sains, Teknologi, IT, Kejuruteraan dan terdapat juga dalam aspek alam seperti tumbuhan dan haiwan. Ini jelas menunjukkan bahawa perkara ini terjadi disebabkan oleh persekitaran, tamaddun bangsa dan juga komposisi kaum. Ini dapat diatasi dengan cara mengujudkan bahasa pinjaman dari bahasa-bahasa yang lain yang diasimilasi serta diadaptasi mengikut keperluannya.
Bagi bahasa-bahasa yang bukan utama yakni bahasa mikro seperti bahasa Rungus ini, ia juga dibimbangi akan pupus dan hilang dari segi penggunaannya di masa akan datang. Generasi muda masa kini dan juga generasi seterusnya adalah golongan yang akan menetukan bahasa ini mampu bertahan hingga bila-bila Pengaruh persekitaran dan perjalanan waktu serta perubahan masa adalah antara punca utama peminggiran bahasa ibunda untuk terus dipertuturkan. Ini bermakna, keadaan ini sendiri menuntut pihak tertentu untuk berusaha lebih gigih sebagai satu jaminan bahasa ibunda tidak ghaib di dunia bersama arus kemajuan tamaddun manusia. Usaha ini adalah antara inisiatif yang dilancarkan khas untuk menidakkan masalah kepupusan bahasa ibunda tidak akan menjadi kenyataan yang sebenarnya merupakan sebuah igauan ngeri.
Penulis: Rungkud

Syndication
2009-10-10 @ 02:38:39 am
by Admin
bahul salah satu kesusasteraan lisan rungus ...
2009-09-14 @ 12:20:48 pm
by Admin
Oporlu dot ipat-ipat it ulun menyumbang ...
2009-07-02 @ 10:43:02 pm
by jastin j.masilun
Yoku nga amu apazu ilot ginavoku ...
2009-04-30 @ 06:11:57 pm
by Admin
Andang amu ogi tantu itumpalak ku ...
2009-04-17 @ 01:00:38 am
by Admin